Pendaftaran

Senarai Peserta Bijak Sifir 3/9/3009

Klik di sini

Friday, November 20, 2009

Apa kata Guru KEMAS Parlimen KOTA Melaka

Setelah mendapat kebenaran KEMAS Negeri Melaka, persembahan nyanyian bijak Sifir telah di persembahakan kepada hampir 2000 ibu bapa sempena Konvekesyen Tabika Kemas 2009 diSri Negeri. Berikut adalah ulasan yang di buat oleh guru-guru Kemas tersebut

Murid KEMAS menyanyikan dan membina sifir 12

Sekiranya teknik yang digunakan mudah tidak hairanlah kanak-kanka berusia 5 tahun ini bleh membina sifir 12 dengan pola dan nyanyian. Tidakkah anda juga mahukan anak anda sebijak kanak-kanak ini??

Lagu sifir

Sopiramaju mencipta teknik tambah tanpa menggunakan jari jemari

Sekali lagi Sopiramaju telah menncipta teknik melakukan operasi tambah tanpa menggunakan jari. Hasil kajian yang dibuatlebih dari 85% murid-murid suka menggunakan teknik ini Sila lihat demo dibawah

Tuesday, November 3, 2009

Pertamakali diluar Melaka

Buat pertamakalinya Bijak Sifir alif telah diperkenalkan di luar negeri Melaka. Negeri pertama ialah Johor. Selama 3 hari demo Bijak Sifir Alif akan diperkenalkan di sekolah rendah sekitar Johor Bahru dimana 4 buah sekolah telah dipilih untuk siri demo ini. Pada 3//11/2009 Demo telah di adakan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda. Seramai lebih kurang 500 murid-murid telah didedahkan dengan teknik ini. Pada 4/11/2009 pula demo akan di adakan di sekolah kebangsaan Sri Skudai dan Sek Kebangsaan Bandar Baru Uda Dua. Adalah diharapkan seramai 120 penyertaan pada siri ini yang mana akan dibuat di Tasik Utara sementara pada 5/11/2009 pula demo akan di adakan di Sekolah Kebangsaan MPC Bandar Baru Uda. Kepada yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghantar nama anak anda melalui SMS dan membuat bayaran di sekolah masing-masing. Sila hubungi Ab.Rahim Ab.Samad untuk keterangan lanjut.